Ezy Durian Bangi

Ezy Durian Bangi

Pembekal Durian Online #1

Harga Jualan Semasa

Harga tertakluk kepada kemaskini semasa.
Sila rujuk Borang Jualan untuk senarai harga terkini.


Masa Tempahan & Penghantaran

Waktu Tempahan
12:00 tengah hari – 9:00 malam

Borang tempahan dibuka setiap hari dari 2:00 petang hingga 10:00 malam.

Waktu Penghantaran (Delivery)
3:30 petang – 9:00 malam

Waktu Ambil Sendiri (Pickup)
 3:30 petang – 9:00 malam

Kami berusaha memastikan penghantaran dibuat dalam tempoh kurang daripada 2 jam selepas tempahan disahkan.
Namun, masa ketibaan sebenar adalah bergantung kepada jarak penghantaran dari Bangi ke alamat pelanggan.

Sertai Group Info Durian Bangi

Group 1 : https://chat.whatsapp.com/CmHuiW8iw0OGsPoB61Ifbe

Caj Penghantaran

Caj penghantaran adalah berbeza mengikut kawasan.
Sila rujuk ruangan penghantaran yang disediakan dalam borang tempahan.

Cara Bayaran

Bayaran boleh dibuat terus melalui borang tempahan yang disediakan.

Kami menggunakan payment gateway Billplz.
⚠️ Nama penerima bayaran mungkin berbeza dan tidak semestinya tertera sebagai Ezydurian.
Sekiranya berlaku sebarang masalah semasa pembayaran:
➡️ Sila batalkan transaksi tersebut dan buat tempahan baharu.

PERHATIAN PENTING

Sila pastikan maklumat berikut diisi dengan betul sebelum membuat bayaran:

Nama , Alamat penghantaran , Nombor telefon

Kesalahan maklumat tidak boleh dibetulkan selepas pembelian dibuat.

Sekiranya alamat penghantaran yang diberikan adalah tidak tepat atau salah, pihak Ezydurian tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran atau kerugian yang berlaku akibat kesilapan tersebut.


Contoh:-

Nama: Ahmad bin Ali
No. Telefon: 012-3456####
Alamat: No. ##, Jalan Seri Maju #, Taman Seri Maju, 43000 Kajang, Selangor

Penting: Sila pastikan alamat penghantaran lengkap termasuk nombor rumah/bangunan, nama jalan, taman/kawasan, bandar, negeri dan poskod.

Sekiranya maklumat alamat tidak lengkap atau tiada poskod diberikan sehingga menyebabkan penghantaran dibuat ke alamat yang salah, pihak Ezydurian tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan, kelewatan atau kegagalan penghantaran.


ORDER ANDA BERMASALAH?

Antara isu yang mungkin berlaku:

  1. Pesanan tidak diterima langsung

  2. Pesanan diterima tetapi tidak lengkap / salah / terlebih / terkurang

  3. Buah diterima rosak, busuk, masam atau tidak boleh dimakan

Jangan risau. Kami mengakui kemungkinan berlakunya kesilapan disebabkan:

  • Jumlah tempahan yang tinggi

  • Tempoh penyediaan yang singkat

Penyelesaian:
Pelanggan hanya perlu mengisi Borang Aduan, dan pihak kami akan:
  • Membuat refund, atau menghantar semula pesanan yang tidak lengkap


POLISI ROSAK DAN REFUND

Di Ezydurian, kami komited untuk memastikan kualiti terbaik melalui:

  • Pemilihan buah berkualiti

  • Proses penyediaan dan penghantaran yang teliti

Namun, sekiranya terdapat kerosakan pada buah yang diterima, polisi kami adalah REFUND ATAU RESEND.


CARA MEMBUAT TUNTUTAN

  1. Ambil gambar buah yang rosak

  2. Hantar gambar ke:

    - PM Facebook kami, atau

    - WhatsApp: +60 13-388 1200

    - Link: https://wa.me/60133881200

    - Penilaian kerosakan dibuat berdasarkan gambar sahaja

    - Contoh: Jika 20% rosak, refund/resend adalah 20%

  3. Refund akan dibuat melalui pemindahan bank

⚠️ Untuk tuntutan refund 50% ke atas, pelanggan perlu memulangkan semula buah rosak ke cawangan Ezydurian Bangi.


⚠️NOTA PENTING⚠️

Untuk sebarang order bermasalah, pelanggan WAJIB memulangkan durian ke cawangan Ezydurian Bangi.
Sekiranya buah tidak dipulangkan, proses refund tidak dapat dilakukan.

Sekiranya anda membuat pembelian hari ini dan memilih self-pickup, pengambilan perlu dibuat pada hari yang sama. Jika pengambilan dibuat keesokan hari, durian yang diterima adalah dalam keadaan frozen.